jobs in Solid Intellectual Sdn Bhd

Solid Intellectual Hiring! Full Time Protege - Penganalisis Data in Federal Territory, Earn up to MYR 2,000 - Ricebowl

Protege - Penganalisis Data

Solid Intellectual Sdn Bhd

MYR2,000 - MYR2,000 Per Month

KL City, Federal Territory

Share
Save

Working Location

  • Kuala Lumpur Federal Territory Malaysia

Job Description

Responsibilities

SKOP TUGASAN

1) Pengumpulan data kutipan darah

Mengurus rekod harian/mingguan kutipan darah dari semua lokasi kempen. Pastikan data lengkap, tepat, dan konsisten untuk kegunaan analisis.

2) Analisis trend pendermaan

Mengenal pasti pola peningkatan/penurunan pendermaan mengikut masa, lokasi, demografi penderma, dan jenis produk (PRBC, plasma, platelet).

3) Pemantauan stok darah

Menyediakan laporan status stok darah semasa, mengenal pasti risiko kekurangan, dan memberi cadangan ramalan untuk hospital serta pengurusan.

4) Sokongan audit piawaian

Menyediakan data untuk pematuhan MS ISO 15189 dan GMP, termasuk dokumentasi, validasi proses, dan laporan audit dalaman/luaran.

5) Pengurusan aduan penderma

Menyusun dan menganalisis data aduan penderma, mengenal pasti isu berulang, dan mencadangkan penambahbaikan untuk meningkatkan pengalaman penderma.

6) Penyelidikan & CQI

Menyediakan analisis evidence‑based untuk projek penyelidikan dan penambahbaikan berterusan (Continuous Quality Improvement).

7) Visualisasi data klinikal

Membina graf, dashboard, dan laporan interaktif untuk memudahkan pemahaman pengurusan serta membuat keputusan strategik.

8) Perancangan kapasiti operasi

Menggunakan data untuk meramal keperluan tenaga kerja, lokasi kempen, dan logistik kutipan darah bagi memastikan operasi lancar.

9) Penyediaan bahan untuk laman sesawang

Menyediakan bahan analisis dan laporan untuk dimuat naik ke laman sesawang PDN secara berterusan, memastikan maklumat terkini dan relevan kepada masyarakat.

10) Analisis impak media sosial

Menganalisis keberkesanan post di media sosial, mengenal pasti masa yang sesuai untuk muat naik, serta menilai impak dan capaian terhadap kesedaran awam.

11) Analisis masa menunggu penderma

Menilai tempoh menunggu di ruang penderma dan keseluruhan proses pendermaan darah di lokasi statik dan mobile, bagi meningkatkan kecekapan operasi dan pengalaman penderma.

12) Analisis keperluan tenaga kerja vs kutipan darah

Mengkaji hubungan antara bilangan kakitangan dengan jumlah kutipan darah, bagi memastikan pengagihan tenaga kerja optimum dan produktiviti maksimum.

13) Analisis peningkatan kutipan plasma

Menilai trend peningkatan kutipan plasma berkaitan dengan kadar pendermaan, serta mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pencapaian sasaran plasma nasional.

Kelayakan Akademik

Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dalam salah satu bidang berikut:

  • Statistik / Sains Data
  • Biostatistik
  • Sains Komputer / Analitik Data
  • Sains Bioperubatan / Makmal Perubatan
  • Pengurusan Maklumat Kesihatan
  • Atau bidang lain yang berkaitan dengan analisis data dan perkhidmatan kesihatan.

Kelayakan yang memberi kelebihan:

· Ijazah Sarjana (Master’s Degree) dalam bidang Analitik Data, Biostatistik, Pengurusan Kualiti, atau Pengurusan Operasi.

· Pensijilan profesional seperti:

  • Data Analytics / Business Intelligence
  • Microsoft Power BI atau Tableau
  • Lean Six Sigma
  • MS ISO 15189 Internal Auditor
  • Good Manufacturing Practice (GMP)

Job Type: Contract

Pay: RM2,000.00 per month

Ability to commute/relocate:

  • Kuala Lumpur: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)

Education:

  • Bachelor's (Preferred)

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More