Kami sedang mencari individu yang berdedikasi, berpengalaman dan proaktif untuk menyertai pasukan kami sebagai Penolong Juruteknik. Jika anda mempunyai minat dalam bidang perkilangan dan kepakaran dalam penyelenggaraan mesin serta pengurusan operasi pengeluaran, anda adalah calon yang kami cari!
Jawatan : Penolong Juruteknik
Lokasi : Bandar Teknologi Kajang, Semenyih
Jabatan : Pengeluaran
Kelayakan:
- Memiliki sekurang-kurangnya Sijil atau Diploma dalam Kejuruteraan Mekanikal / Pembuatan / Teknologi Pengeluaran atau bidang berkaitan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 - 3 tahun pengalaman bekerja dalam sektor perkilangan. Pengalaman dalam industri berasaskan plastik adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam mengendalikan atau bekerja dengan mesin injection molding, blow molding atau extrusion.
- Mempunyai pengetahuan asas dan kemahiran teknikal dalam menyelesaikan masalah mesin dan kerja-kerja penyelenggaraan.
- Mempunyai tahap kecergasan fizikal yang baik.
- Kebolehan merancang dan mengurus jadual kerja.
- Mempunyai kemahiran kepimpinan dan mampu mengurus pasukan serta kemahiran komunikasi yang baik.
- Boleh bekerja syif dan bersedia untuk bekerja lebih masa jika perlu.
Tanggungjawab:
- Memantau, menyelenggara dan memastikan mesin-mesin pengeluaran berada dalam keadaan baik serta beroperasi dengan selamat dan cekap.
- Melaporkan sebarang kerosakan kepada Penyelia Kilang.
- Membantu merancang dan menyelaras jadual pengeluaran harian/mingguan mengikut permintaan dan kapasiti mesin bagi memastikan produk dihasilkan mengikut spesifikasi dan sasaran masa.
- Membantu menyediakan dan mengurus jadual syif pekerja serta memastikan kehadiran dan disiplin kakitangan dikawal dengan baik.
- Memberi bimbingan dan arahan kepada kakitangan pengeluaran
- Memantau output pengeluaran dan menyediakan laporan prestasi pengeluaran (harian/mingguan/bulanan).
- Memastikan semua SOP, piawaian kualiti dan keselamatan syarikat dipatuhi setiap masa.
- Mengenalpasti dan mencadangkan langkah penambahbaikan untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan pembaziran.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penyelia dari semasa ke semasa.
Job Type: Permanent
Pay: RM2,500.00 - RM3,000.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Opportunities for promotion
- Professional development
Ability to commute/relocate:
- Kajang: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Preferred)
Education:
- Diploma/Advanced Diploma (Preferred)
Experience:
- Manufacturing: 2 years (Preferred)
Work Location: In person