jobs in Maven Global Group Sdn Bhd

全职 STOREKEEPER CUM RUNNER Jobs, salary up to MYR 1,800 in Maven Global Group Sdn Bhd Johor Bahru - Ricebowl

MYR1,800 - MYR1,800 每月
分享
保存

工作地点

  • Johor Bahru Johor Malaysia

职位描述

岗位职责

Essential Duties & Responsibilities :

1. Penerimaan & Pemeriksaan Stok

  • Menerima stok masuk mengikut jadual penghantaran.
  • Menyemak kuantiti dan butiran item berdasarkan Purchase Order (PO) atau Delivery Order (DO).
  • Melaporkan segera sebarang kekurangan, kerosakan atau kesilapan item.

2. Pengendalian, Penyimpanan & Pembungkusan Stok

  • Memuat dan memunggah barang dengan selamat menggunakan teknik yang betul.
  • Menyusun dan menyimpan stok mengikut kaedah FIFO (First In, First Out).
  • Mengemas barang untuk outlet, online order dan event dengan kemas, tepat dan selamat.
  • Memastikan item dan kuantiti adalah betul sebelum penghantaran.
  • Memastikan bekalan bahan pembungkusan mencukupi (kotak, tape, plastik, dll).

3. Penghantaran (Runner Duties)

  • Menghantar stok dan parcel.
  • Mengurus penghantaran supaya stok sampai tepat pada masa.
  • Mendapatkan pengesahan penerimaan (tandatangan/DO) daripada outlet/courier.

4. Kawalan Inventori & Pengiraan Stok

  • Mengemaskini pergerakan stok (masuk/keluar) setiap hari dalam sistem/log sheet.
  • Mengira dan merekod stok secara tepat dan konsisten.
  • Membantu audit stok outlet termasuk tester dan display.

5. Penyelenggaraan & Keselamatan

  • Menjaga penyelenggaraan, kebersihan, kekemasan dan susun atur stor dan office.
  • Memastikan laluan tidak terhalang dan stok disimpan dengan selamat.
  • Melaksanakan kerja-kerja am penyelenggaraan stor.
  • Melaporkan sebarang risiko keselamatan atau kerosakan peralatan.

6. Sokongan untuk storage, outlet dan event.

  • Menyediakan, mengemas dan menghantar stok untuk pembukaan outlet, promosi dan event.
  • Membantu setup dan penutupan outlet/event.
  • Memastikan stok, tester dan display outlet lengkap dan dalam keadaan baik.

7. Skop Kerja Tambahan

Selain daripada tugas-tugas yang dinyatakan di atas, pekerja dikehendaki untuk melaksanakan sebarang tugasan, projek atau tanggungjawab lain yang diarahkan oleh pihak Pengurusan dari semasa ke semasa, selagi tugasan tersebut berada dalam keupayaan pekerja, skop jawatan, serta keperluan operasi perniagaan Syarikat.

Education and/or Work Experience Requirements:

  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
  • Pengalaman dalam bidang stor, logistik atau pengurusan inventori adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai lesen memandu yang sah (untuk tugas penghantaran).

Preferred Traits:

  • Teliti, teratur dan mempunyai tahap ketepatan kerja yang tinggi.
  • Bertanggungjawab dan amanah dalam mengendalikan stok.
  • Proaktif dan mampu bekerja secara berdikari.
  • Mempunyai sikap bekerjasama yang baik dalam pasukan.
  • Disiplin, menepati masa dan mampu bekerja dalam tekanan.
  • Mempunyai inisiatif untuk menambah baik proses kerja.

Pay: RM1,800.00 per month

Benefits:

  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

重要安全守则

申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。

了解更多