Tanggungjawab Utama
1. Pengurusan Operasi & Dokumentasi Pejabat
- Menyelaras jadual kerja, temujanji, dan pergerakan operasi harian.
- Mengurus fail, rekod, dan dokumentasi pejabat secara sistematik (softcopy & hardcopy).
- Menyediakan laporan operasi mingguan/bulanan untuk rujukan pengurusan.
- Memastikan pematuhan SOP dalam semua proses dokumentasi.
2. Pengurusan Kewangan & Rekod Perakaunan
- Menyediakan dan mengeluarkan Invoice, Billing, Purchase Order (PO), Delivery Order (DO).
- Mengemaskini rekod pembayaran, outstanding invoice, dan status transaksi.
- Menyemak dan merekod timesheet pekerja untuk tujuan pengiraan gaji.
- Membantu dalam proses pengiraan gaji, elaun, OT, tuntutan dan potongan.
- Menyediakan laporan kewangan asas seperti ringkasan jualan, ringkasan kos, dan rekod transaksi.
3. Sokongan Pentadbiran & Pengurusan Data
- Mengurus data pelanggan, vendor, dan rekod projek dalam sistem syarikat.
- Menyediakan surat-menyurat rasmi, memo, dan dokumen sokongan operasi.
- Menyelaras pembelian pejabat, stok alat tulis, dan keperluan operasi.
- Menjalankan tugas pentadbiran lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
4. Penggunaan Sistem & Perisian
- Mengendalikan sistem perakaunan seperti Autocount dan Niagawan untuk rekod kewangan, invois, PO, DO dan laporan.
- Menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint) untuk penyediaan dokumen dan laporan.
- Mengemaskini data dalam sistem dengan tepat dan mengelakkan ralat rekod.
Kelayakan & KemahiranKelayakan Minimum
- SPM/Diploma dalam bidang Pentadbiran, Perakaunan, Kewangan atau setara.
- Pengalaman kerja 1–3 tahun dalam bidang admin atau kewangan adalah satu kelebihan.
Kemahiran Diperlukan
- Kemahiran mengurus dokumen, data dan jadual dengan teratur.
- Kemahiran asas perakaunan dan pengurusan invois/PO/DO.
- Kemahiran komunikasi yang baik (bertulis & lisan).
- Kemahiran menggunakan Microsoft Office, terutamanya Excel.
Kelebihan Tambahan
- Pengalaman menggunakan sistem Autocount dan Niagawan adalah satu kelebihan besar.
- Kemahiran bekerja secara teratur, teliti dan mampu mengurus tugasan serentak.
- Sikap bertanggungjawab, berdisiplin dan mampu bekerja dengan pengawasan minimum.
Job Type: Full-time
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
- Flexible schedule
- Opportunities for promotion
- Work from home
Work Location: In person