Bertanggungjawab untuk memasang tinted pada kenderaan dengan kemas, tepat dan mengikut standard syarikat. Memastikan setiap kerja yang dilakukan memenuhi kualiti, kepuasan pelanggan dan mematuhi spesifikasi produk.
Tanggungjawab Utama:
- Melaksanakan pemasangan tinted pada cermin depan, belakang dan sisi kenderaan.
- Menjalankan kerja pemotongan, penyusunan dan penampalan tinted mengikut ukuran tepat.
- Memastikan kualiti pemasangan mengikut SOP syarikat tanpa gelembung atau lipatan.
- Memberi cadangan jenis tinted yang sesuai berdasarkan keperluan pelanggan.
- Membuat pemeriksaan akhir kenderaan sebelum diserahkan kepada pelanggan.
- Memastikan kebersihan tempat kerja dan penjagaan peralatan sentiasa dalam keadaan baik.
- Mengurus inventori tinted dan melaporkan kekurangan stok kepada penyelia.
- Mematuhi prosedur keselamatan ketika bertugas.
- Menyelesaikan sebarang aduan pelanggan secara profesional.
- Menyokong tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Keperluan & Kelayakan:
- Minimum SPM atau setaraf.
- Requirement, berpengalaman dalam pemasangan filem penapis haba kenderaan
- Pengalaman dalam pemasangan tinted adalah satu kelebihan.
- Kemahiran tangan yang baik serta ketelitian tinggi terhadap kualiti kerja.
- Mampu bekerja dalam pasukan dan mengikut arahan penyelia.
- Sikap positif, bertanggungjawab dan menepati masa.
- Boleh bekerja lebih masa apabila diperlukan.
- Pengetahuan asas tentang produk kaca dan filem tinted.
- Kebolehan memberi penerangan kepada pelanggan.
- Mempunyai Lesen memandu Lesen GDL & B2/D adalah satu kelebihan
Faedah Lain:
- Komisen yang menarik
- Kenaikan gaji tahunan
- Takaful perubatan, tuntutan perubatan, optik & dental
- Cuti tahunan berbayar.
- KWSP & PERKESO
- Bonus
- Company Trip
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM2,000.00 - RM3,000.00 per month
Benefits:
- Health insurance
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person