Tugas & Tanggungjawab Utama
- Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan bagi kerosakan kecil berkaitan kerja-kerja sivil di semua 20 blok bangunan serta kemudahan awam di De Centrum City.
- Menjalankan kerja-kerja pembaikan termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Menggantikan jubin lantai atau dinding yang rosak.
- Membaiki atau menggantikan pintu, kunci dan aksesori yang rosak.
- Melaksanakan kerja-kerja mengecat dan kerja sentuhan (touch-up).
- Membaiki kebocoran kecil.
- Menjalankan kerja-kerja paip dan saluran air yang ringan.
- Membersihkan saluran paip atau longkang yang tersumbat.
- Melaksanakan pemeriksaan berkala bagi mengenal pasti kerosakan serta memastikan tindakan pembaikan diambil dengan segera.
- Memastikan semua kerja penyelenggaraan dilaksanakan dengan selamat, berkualiti dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
- Menjaga kebersihan kawasan kerja serta memastikan peralatan dan kelengkapan sentiasa berada dalam keadaan baik.
- Melaksanakan tugasan berdasarkan Job Sheet, Work Order serta tugasan ad hoc yang diarahkan oleh penyelia.
- Melaporkan sebarang kerosakan besar atau isu keselamatan kepada penyelia untuk tindakan lanjut.
Spesifikasi JawatanPengalaman
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang penyelenggaraan bangunan, kerja-kerja sivil atau bidang berkaitan.
Kelayakan Akademik
- Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf.
- Sijil kemahiran atau vokasional dalam bidang Penyelenggaraan Bangunan, Kerja Sivil atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
Calon hendaklah mempunyai pengetahuan dalam:
- Kerja-kerja asas pertukangan kayu (carpentry).
- Sistem paip dan kerja-kerja asas perpaipan.
- Pembaikan kerosakan kecil bangunan dan kerja-kerja sivil.
- Penggunaan peralatan tangan dan peralatan kuasa asas.
- Prosedur Operasi Standard (SOP) serta amalan kerja yang selamat.
Kemahiran & Keupayaan
- Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat troubleshooting.
- Kemahiran komunikasi lisan dan hubungan interpersonal yang baik.
- Mampu mengurus masa serta mengutamakan tugasan dengan berkesan.
- Berupaya bekerja secara berdikari dengan penyeliaan yang minimum.
- Mampu bekerja di bawah tekanan serta menyiapkan tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Mempunyai semangat kerja berpasukan dan sikap yang positif.
- Sihat tubuh badan serta bersedia menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan secara fizikal.
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Free parking
- Health insurance
- Professional development
Work Location: In person