jobs in GrowthOps Asia

GrowthOps Asia Hiring! Full Time BM Copywriting Intern in Federal Territory - Ricebowl

BM Copywriting Intern

GrowthOps Asia

Undisclosed

KL City, Federal Territory

Share
Save

Working Location

  • Kuala Lumpur Federal Territory Malaysia

Job Description

Responsibilities

Welcome to GO Asia

Kami ialah GrowthOps, sebuah agensi kreatif, teknologi dan konsultasi yang membina idea berasaskan pemikiran yang jelas serta penulisan yang kemas. Kami percaya bahasa yang baik membantu idea disampaikan dengan tepat, relevan dan berkesan. Kini, kami sedang mencari BM Copywriter Intern yang menghargai bahasa, peka terhadap konteks, dan ingin belajar bagaimana penulisan digunakan untuk menyampaikan idea dan mesej untuk sesebuah jenama.


Apa Yang Anda Akan Lakukan:

  • Menyokong penulisan Bahasa Malaysia untuk pelbagai kempen, termasuk media sosial, digital, cetakan dan pelbagai lagi.
  • Membantu menghasilkan kapsyen, visual copy, headline dan CTA yang jelas, ringkas dan selari dengan nada jenama.
  • Bekerjasama rapat dengan copywriter, designer dan pasukan kreatif dalam membangunkan idea.
  • Menyesuaikan gaya bahasa mengikut audiens, platform dan keperluan jenama.
  • Membantu menyemak serta memperhalusi copy dari segi kejelasan, aliran dan ketepatan bahasa.
  • Mengurus bahan penulisan agar tersusun dan mudah digunakan oleh pasukan.
  • Mengikuti perkembangan penulisan, budaya semasa serta penggunaan AI sebagai sokongan kreatif.


Apa Yang Kami Cari:

  • Sedang mengikuti atau baru menamatkan Diploma atau Ijazah dalam Bahasa, Komunikasi, Penulisan atau bidang berkaitan.
  • Penguasaan Bahasa Malaysia yang kukuh, dengan kepekaan terhadap nada dan struktur ayat.
  • Minat terhadap pengiklanan, jenama dan penulisan kontemporari.
  • Teliti, teratur dan mampu mengurus masa dengan baik.
  • Terbuka menerima maklum balas serta bersedia menambah baik hasil kerja.
  • Portfolio penulisan (projek pelajar, peribadi atau freelance) merupakan satu kelebihan.


Apa Yang Anda Akan Peroleh:

  • Pengalaman sebenar bekerja dalam kempen periklanan.
  • Bimbingan daripada copywriter dan senior kreatif berpengalaman.
  • Pendedahan kepada cara fikir dan cara kerja sebuah agensi kreatif.
  • Persekitaran kerja yang kolaboratif dan terbuka kepada idea.
  • Elaun latihan industri berbayar.


Nota:

  • Tempoh latihan industri minimum 3 bulan.
  • Boleh mula pada Julai/Ogos 2026.



Kami menghargai permohonan anda dan akan menghubungi calon yang berjaya dipilih berkenaan langkah seterusnya.

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More