JAWATAN: PENGURUS PENTADBIRAN
LOKASI: IBU PEJABAT KAJANG
RINGKASAN JAWATAN
Kami mencari seorang Pengurus Pentadbiran yang proaktif, bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran penyelarasan yang baik untuk memastikan kelancaran operasi pentadbiran syarikat serta mengurus dan memantau kerja-kerja penambahbaikan, penyelenggaraan dan pembangunan cawangan. Calon yang berjaya akan menjadi penghubung utama antara syarikat, kontraktor dan pembekal bagi memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut jadual, bajet dan standard kualiti yang ditetapkan.
TANGGUNGJAWAB UTAMA
- Mengurus dan memastikan kelancaran operasi pentadbiran di Ibu Pejabat dan semua cawangan syarikat.
- Menyelaras, melaksanakan dan memantau pematuhan SOP, polisi serta prosedur syarikat.
- Mengurus dokumentasi syarikat termasuk surat-menyurat, kontrak, sebut harga, invois dan rekod pentadbiran.
- Menyediakan laporan pentadbiran, laporan operasi dan laporan berkala untuk pihak pengurusan.
- Menyelaras keperluan pentadbiran antara Ibu Pejabat dan cawangan.
- Mengurus aset syarikat termasuk pemantauan penggunaan, penyelenggaraan dan rekod aset.
- Memastikan fasiliti, premis dan kemudahan syarikat berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi dengan sempurna.
- Memantau lesen, permit, perjanjian dan dokumen syarikat agar sentiasa sah dan dikemaskini.
- Mengurus pembelian keperluan pejabat dan memastikan kawalan kos pentadbiran dilaksanakan dengan berkesan.
- Menyelaras serta memantau kerja-kerja penambahbaikan, pengubahsuaian dan pembukaan cawangan baharu.
- Berurusan secara langsung dengan kontraktor, pembekal dan pihak berkaitan bagi memastikan projek berjalan lancar mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.
- Menghadiri semua mesyuarat dan perbincangan bersama kontraktor serta menjadi pegawai penghubung utama syarikat bagi urusan projek.
- Membuat pemeriksaan dan pengesahan ke atas kerja yang telah disiapkan bagi memastikan mutu kerja memenuhi standard syarikat.
- Menyemak dan mengesahkan sebut harga, invois, tuntutan dan dokumen sokongan berkaitan projek sebelum diproses.
- Memastikan setiap kerja yang dilaksanakan di cawangan direkodkan dan disertakan invois serta dokumentasi yang lengkap.
- Memantau bajet projek, kos penyelenggaraan dan perbelanjaan berkaitan operasi syarikat.
- Menjalankan lawatan berkala ke cawangan bagi memantau keadaan premis, kemajuan kerja dan pematuhan standard operasi syarikat.
- Menilai prestasi kontraktor, pembekal dan penyedia perkhidmatan bagi memastikan mutu kerja dan perkhidmatan yang diberikan berada pada tahap terbaik.
- Menjalankan tugasan pentadbiran dan operasi lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Antara kelayakan seperti dibawah:
- Pengalaman minimum 3–5 tahun dalam bidang pentadbiran, operasi, fasiliti atau pengurusan projek.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan rundingan yang baik.
- Berpengalaman berurusan dengan kontraktor, pembekal dan penyedia perkhidmatan.
- Mampu mengurus beberapa tugasan dan projek serentak.
- Bersedia melakukan lawatan ke cawangan apabila diperlukan.
- Mempunyai lesen memandu
Pay: From RM3,500.00 per month
Benefits:
- Meal allowance
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person