jobs in ELANG WAH SDN BHD

ELANG WAH SDN BHD Hiring! Full Time Junior Manager Operations - Technical in Federal Territory, Earn up to MYR 5,000 - Ricebowl

Junior Manager Operations - Technical

MYR4,000 - MYR5,000 Per Month

KL City, Federal Territory

Share
Save

Working Location

  • Kuala Lumpur Federal Territory Malaysia

Job Description

Responsibilities

JAWATAN KOSONG - JUNIOR MANAGER OPERATIONS & TECHNICAL

Syarikat kami membuka peluang pekerjaan untuk individu yang berkelayakan bagi mengisi jawatan:

Jawatan: Junior Manager Operations & Technical (Bas Pelancong) KL Hop On Hop Off

Lokasi: Sentul, Kuala Lumpur

Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa

Gaji: Bergantung kepada kelayakan & pengalaman

Tujuan Kerja:

Membantu mengurus operasi harian dan aspek teknikal fleet syarikat bagi memastikan semua kenderaan beroperasi dengan efisien, selamat, dan mematuhi standard syarikat serta peraturan pihak berkuasa. Jawatan ini juga melibatkan penyelarasan operasi, perancangan penyelenggaraan kenderaan, pemantauan fleet, serta memastikan perkhidmatan pengangkutan berjalan lancar.

Peranan & Tanggungjawab:

Operasi

  • Menyelaraskan operasi harian dan jadual perjalanan kenderaan
  • Memantau pergerakan bas dan prestasi operasi
  • Menyokong koordinasi antara pemandu, operasi dan pelanggan
  • Mengurus isu operasi dan membantu menyelesaikan gangguan perkhidmatan
  • Menyediakan laporan operasi dan rekod harian
  • Memantau kehadiran dan prestasi pemandu

Teknikal & Fleet

  • Menyusun jadual servis dan penyelenggaraan kenderaan
  • Memastikan semua kenderaan dalam keadaan baik dan selamat digunakan
  • Memantau cukai jalan, insurans, permit dan pemeriksaan PUSPAKOM
  • Berurusan dengan bengkel dan pembekal
  • Memantau penggunaan minyak dan kos penyelenggaraan

Pematuhan & Keselamatan

  • Memastikan pematuhan kepada peraturan JPJ, APAD dan pihak berkaitan
  • Menyokong pelaksanaan SOP keselamatan
  • Membantu siasatan jika berlaku kemalangan atau kerosakan
  • Memastikan dokumentasi lengkap untuk audit

Pengurusan Pasukan

  • Membantu menyelia staf operasi dan pemandu
  • Menjaga komunikasi dan kerjasama dalam pasukan
  • Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pengurusan

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More