Taikun Tyre Auto Care Sdn. Bhd. sedang mencari calon yang bertanggungjawab, teliti dan tersusun untuk menyertai pasukan kami sebagai Finance Manager.
Dalam jawatan ini, calon bertanggungjawab menyelia rekod kewangan, pelaporan, analisis kewangan, akaun belum bayar dan belum terima, pemantauan aliran tunai, pematuhan polisi kewangan serta kawalan dalaman syarikat.
Calon juga akan bekerjasama dengan pasukan dalaman dan pihak luar bagi memastikan maklumat kewangan disediakan dengan tepat dan mengikut masa yang ditetapkan. Selain itu, calon akan terlibat dalam aktiviti bajet, forecast kewangan, analisis prestasi serta penambahbaikan proses bagi meningkatkan ketepatan, kecekapan dan keberkesanan operasi kewangan syarikat.
Tanggungjawab
- Mengetuai dan menyokong penyediaan bajet tahunan, bajet bulanan dan forecast kewangan syarikat.
- Memantau perbelanjaan syarikat berbanding bajet yang telah ditetapkan.
- Menyediakan forecast aliran tunai, kos operasi dan keperluan kewangan syarikat.
- Melaksanakan dan menyemak proses reconciliation bulanan
- Menyelia proses pembayaran invoice, bayaran pembekal, collection dan receivables.
- Melaksanakan sebarang tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan
- Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan, Perakaunan atau bidang berkaitan.
- Pengalaman sebagai Finance Manager, Assistant Finance Manager, Senior Account Executive atau jawatan setara adalah satu kelebihan.
- Mahir menggunakan Microsoft Office, terutama Microsoft Excel, serta tugasan berkaitan data entry dan penyediaan laporan.
- Mampu bekerja dalam suasana kerja yang pantas dengan pengawasan minimum.
- Mampu mengurus keutamaan kerja dan menyiapkan tugasan mengikut deadline walaupun berada di bawah tekanan.
Kelebihan
- Latihan disediakan
- Peluang perkembangan kerjaya
- Suasana kerja berpasukan
- Peluang menimba pengalaman dalam industri automotif
Pay: RM3,500.00 - RM4,500.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person