Job Scope (Tanggungjawab Utama)
- Menghantar dan mengambil bungkusan pelanggan mengikut laluan yang ditetapkan.
- Memastikan semua parcel dihantar dengan selamat dan tepat pada masanya.
- Menyusun dan memuatkan parcel ke dalam kenderaan sebelum memulakan penghantaran.
- Mengimbas (scan) parcel menggunakan sistem atau aplikasi yang disediakan.
- Memastikan rekod penghantaran dan status parcel dikemas kini dengan tepat.
- Berhubung dengan pelanggan secara profesional semasa proses penghantaran.
- Memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan baik untuk digunakan.
- Mematuhi peraturan jalan raya dan prosedur keselamatan syarikat.
- Melaporkan sebarang isu penghantaran, kemalangan atau kerosakan kenderaan kepada penyelia.
- Mencapai sasaran penghantaran harian yang ditetapkan oleh syarikat.
Requirements (Kelayakan)
- Mempunyai Lesen Memandu Kelas D yang sah.
- Mempunyai pengalaman memandu kereta dan mahir dengan laluan di kawasan penghantaran.
- Sihat tubuh badan dan mampu mengendalikan parcel ringan hingga sederhana.
- Mampu menggunakan telefon pintar dan aplikasi penghantaran.
- Bertanggungjawab, berdisiplin dan menepati masa.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan pelanggan.
- Pengalaman dalam bidang kurier, logistik atau penghantaran adalah satu kelebihan.
Benefits (Faedah)
- Gaji pokok yang kompetitif.
- Elaun penghantaran dan insentif prestasi.
- Bayaran kerja lebih masa (OT) mengikut keperluan operasi.
- Elaun kehadiran (tertakluk kepada syarat syarikat).
- Caruman KWSP, PERKESO dan EIS.
- Cuti tahunan dan cuti sakit mengikut kelayakan.
- Latihan kerja disediakan.
- Bonus atau insentif tambahan berdasarkan prestasi.
Calon yang berminat dipersilakan untuk menghubungi atau menghantar mesej WhatsApp ke nombor berikut: ************* untuk maklumat lanjut
Pay: RM1,800.00 - RM5,000.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Health insurance
- Opportunities for promotion
- Professional development
Application Question(s):
Work Location: In person