- Skudai Johor Malaysia
工作地点
职位描述
岗位职责
Ejen Takaful (Separuh Masa / Sepenuh Masa)
Job Description
Kami sedang mencari individu yang bermotivasi tinggi dan profesional untuk menyertai pasukan kami sebagai Ejen Takaful. Calon yang berjaya akan bertanggungjawab membantu pelanggan merancang perlindungan kewangan yang sesuai mengikut keperluan mereka.
Tanggungjawab Utama:
Mengenal pasti dan membina rangkaian pelanggan berpotensi.
Memberi konsultasi serta penerangan profesional berkaitan produk takaful syarikat.
Menganalisis keperluan pelanggan dan mencadangkan pelan perlindungan yang bersesuaian.
Membina serta mengekalkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan.
Memberikan khidmat sokongan dan servis selepas jualan yang berkualiti.
Merancang dan melaksanakan strategi bagi mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.
Menyediakan laporan aktiviti jualan dan perkembangan pelanggan kepada pihak pengurusan.
Kelayakan:
Minimum SPM/Diploma/Degree.
Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
Berminat dalam bidang jualan, kewangan dan pembangunan diri.
Berdisiplin, bertanggungjawab dan mempunyai sikap profesional.
Pengalaman dalam bidang jualan atau kewangan adalah satu kelebihan.
Faedah & Kelebihan:
Latihan profesional dan bimbingan berterusan disediakan.
Peluang pembangunan kerjaya dan kenaikan pangkat.
Pendapatan berdasarkan komisen, bonus dan insentif prestasi.
Waktu kerja yang fleksibel.
Persekitaran kerja yang positif dan berorientasikan perkembangan kerjaya.
Pay: RM2,000.00 - RM5,000.00 per month
Benefits:
Work Location: In person
重要安全守则
申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。