Jawatan: Operator Kilang
Lokasi: Meru Klang
Jabatan: Pengeluaran (Production)
Ringkasan Jawatan
Operator Kilang bertanggungjawab mengendalikan mesin dan peralatan pengeluaran, memastikan proses pengeluaran berjalan lancar, mematuhi piawaian kualiti serta mengamalkan prosedur keselamatan yang ditetapkan oleh syarikat.
Tanggungjawab Utama
- Mengendalikan mesin dan peralatan pengeluaran mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Memastikan hasil pengeluaran mencapai sasaran kuantiti dan kualiti yang ditetapkan.
- Melaksanakan pemeriksaan visual dan pengukuran asas terhadap produk yang dihasilkan.
- Melaporkan sebarang kerosakan mesin, kecacatan produk atau masalah operasi kepada penyelia dengan segera.
- Memastikan bahan mentah dan komponen digunakan mengikut spesifikasi kerja.
- Menjaga kebersihan kawasan kerja mengikut amalan 5S.
- Mematuhi semua peraturan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan polisi syarikat.
- Mengisi dan menyelenggara rekod pengeluaran harian dengan tepat.
- Membantu dalam aktiviti penambahbaikan proses dan pengurangan pembaziran.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan
- Minimum UPSR/PMR/PT3 atau SPM.
- Pengalaman bekerja di kilang pembuatan adalah satu kelebihan.
- Mampu bekerja secara syif dan kerja lebih masa (OT) apabila diperlukan.
- Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja berdiri dalam tempoh yang lama.
- Mempunyai disiplin, sikap positif dan komitmen terhadap kerja.
- Memiliki kenderaan sendiri.
Waktu Bekerja
Faedah
- Elaun syif
- Elaun Transport
- Elaun Kehadiran
- Bayaran kerja lebih masa (OT).
- Caruman KWSP, PERKESO dan EIS
Pay: RM1,700.00 - RM3,000.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Free parking
Work Location: In person