Kami mencari Pemandu Lori Bersendi berpengalaman untuk mengangkut gas pukal (bulk gas) jarak jauh. Boleh memberi komitmen yang tinggi terhadap keselamatan dari segi pemanduan. Kontrak selama 12 bulan di bawah Syarikat PERSOL.
1. Maklumat Jawatan
Jawatan: Pemandu Lori (Kelas E - Sendi)
Lokasi: Pasir Gudang, Johor
Syarikat: PERSOL Workforce Solutions Malaysia Sdn. Bhd.
Industri: Memproses Gas Industri
Status: Full Time
2. Gaji & Elaun
Gaji Pokok: RM2000 sebulan
Elaun Tetap:
- Elaun telefon bimbit: RM120/sebulan
- Elaun syif: RM121/sebulan
Elaun Tambahan:
- Elaun Special Job (tertakluk kepada kerja)
- Elaun Buddy Ride (tertakluk kepada kerja)
- Elaun Shunting per trailer: RM20
- Elaun makanan (tertakluk kepada klien)
- Elaun Rescue (tertakluk kepada klien)
- Elaun Training: RM70/sehari
Insentif:
- Insentif KM: RM0.50/KM
- Insentif Trip: RM20/trip
Nota: Jumlah akhir Insentif KM tertakluk kepada prestasi Driver Risk Profile yang ditetapkan oleh klien.
3. Tanggungjawab
- Mengendalikan kenderaan komersial dengan selamat mengikut undang‑undang lalu lintas dan polisi syarikat.
- Menjalankan Pemeriksaan Sebelum Berlepas (Pre‑Departure Checks, PDC) termasuk sistem tail guard dan anti‑tunda.
- Mengamalkan teknik pemanduan defensif.
- Memuat dan memunggah produk mengikut prosedur keselamatan.
- Melaporkan bahaya, near miss dan insiden kepada penyelia.
- Memastikan pematuhan kepada keperluan undang‑undang (contoh: Puspakom, lesen).
- Menyertai audit keselamatan dan latihan.
- Menyimpan rekod penghantaran, pemeriksaan dan log perjalanan.
- Berkoordinasi dengan pasukan operasi dan penyelenggaraan.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak atasan.
4. Syarat Minimum
- Lesen memandu Kelas E + GDL Sendi (sah).
- Minimum 3 tahun pengalaman memandu lori tangki atau lori bersendi.
- Sihat fizikal dan mampu memandu jarak jauh.
- Mempunyai kesedaran keselamatan yang tinggi.
- Bermotivasi tinggi (lebih banyak memandu, lebih banyak pendapatan).
5. Kriteria Tambahan
- Lesen sah dan tidak digantung.
- Tiada insiden “in control” tahap 1 atau 2 dalam tempoh 24 bulan lepas.
- Sekurang‑kurangnya 24 bulan pengalaman relevan dalam tempoh 5 tahun terakhir.
Pay: RM3,000.00 - RM4,000.00 per month
Benefits:
- Cell phone reimbursement
- Meal allowance
Work Location: In person