MAIWP HEALTH CARE SDN. BHD., anak Syarikat Pusrawi Heritage Sdn. Bhd. sedang mencari calon-calon yang berkelayakan untuk menjawat jawatan sebagai AHLI TERAPI.
TUGASAN :
- Memberikan rawatan terapi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
- Sentiasa memastikan kebersihan dan keselesaan bilik rawatan setiap masa.
- Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
- Menjaga standard profesionalisme di dalam melayani pelanggan di dalam apa jua keadaan.
KELAYAKAN & PENGALAMAN :
- Pemohon mestilah bewarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
- Memiliki kelulusan minimum SPM atau setaraf.
- Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh JPK dalam bidang berkaitan seperti Terapi Urutan (Massage Therapy), Spa / Wellness Therapy atau Beauty Therapy atau bidang berkaitan.
- Calon tanpa SKM tetapi mempunyai pengalaman kerja yang relevan juga boleh dipertimbangkan.
- Berpengalaman di dalam bidang Spa/Wellness adalah satu kelebihan.
- Berpengalaman di dalam Bekam (Cupping) adalah dialukan tetapi tidak wajib.
- Mempunyai tahap disiplin kerja yang baik dan profesional.
- Mesra pelanggan, sentiasa berpenampilan kemas dan sopan setiap masa.
- Boleh bekerja secara syif, hujung minggu dan cuti umum.
Pay: RM1,800.00 - RM2,500.00 per month
Work Location: In person