jobs in AS SALAM DIALISIS SDN BHD

AS SALAM DIALISIS SDN BHD Hiring! Full Time Personal Assistant (PA) in Kelantan, Earn up to MYR 1,700 - Ricebowl

MYR1,700 - MYR1,700 Per Month
Share
Save

Working Location

  • Kota Bharu Kelantan Malaysia

Job Description

Responsibilities

Tanggungjawab Utama

1. Pengurusan Jadual dan Temujanji CEO

  • Mengurus kalendar, jadual kerja, mesyuarat dan temujanji CEO.
  • Menyusun serta mengesahkan mesyuarat, lawatan kerja dan program syarikat.
  • Mengingatkan CEO mengenai jadual, tarikh penting dan tindakan susulan yang perlu diambil.

2. Penyelarasan Tugasan dan Follow-Up

  • Menerima arahan daripada CEO dan menyampaikan kepada jabatan atau pegawai berkaitan.
  • Memantau status tugasan yang diberikan kepada kakitangan dan jabatan.
  • Membuat tindakan susulan (follow-up) bagi memastikan tugasan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • Menyediakan laporan kemajuan dan status tugasan kepada CEO.

3. Pengurusan Dokumen dan Pentadbiran

  • Menyediakan surat-menyurat, memo, laporan, minit mesyuarat dan dokumen rasmi syarikat.
  • Menyusun, merekod dan memfailkan dokumen penting syarikat.
  • Membantu menyediakan kertas kerja, proposal, pembentangan dan laporan pengurusan.

4. Pengurusan Komunikasi

  • Menapis dan mengurus panggilan telefon, e-mel dan komunikasi rasmi CEO.
  • Menjadi penghubung antara CEO dengan kakitangan, pelanggan, vendor, panel dan pihak luar.
  • Mengurus komunikasi rasmi bagi pihak CEO apabila diarahkan.

5. Pengurusan Mesyuarat dan Program

  • Menyediakan agenda mesyuarat.
  • Merekod dan mengedarkan minit mesyuarat.
  • Memastikan tindakan susulan hasil keputusan mesyuarat dilaksanakan oleh pihak berkaitan.
  • Membantu penyelarasan program, lawatan kerja dan aktiviti syarikat.

6. Penyediaan Laporan Pengurusan

  • Mengumpul data daripada jabatan berkaitan.
  • Menyediakan laporan harian, mingguan dan bulanan untuk semakan CEO.
  • Membantu menyediakan analisis, statistik dan maklumat yang diperlukan oleh pihak pengurusan.

7. Tanggungjawab Sebagai Pemandu CEO

  • Memandu CEO ke mesyuarat, program rasmi, lawatan kerja, urusan syarikat dan destinasi yang diarahkan.
  • Memastikan perjalanan CEO berjalan lancar, selamat dan menepati masa.
  • Merancang laluan perjalanan yang sesuai bagi mengelakkan kelewatan.
  • Bersedia untuk perjalanan luar daerah atau luar negeri apabila diperlukan.

8. Pengurusan Kenderaan

  • Memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan bersih, selamat dan teratur.
  • Memantau jadual penyelenggaraan, servis berkala, cukai jalan dan insurans kenderaan.
  • Melaporkan sebarang kerosakan atau keperluan penyelenggaraan kepada pihak pengurusan.

9. Penghantaran dan Urusan Rasmi Syarikat

  • Menghantar dan mengambil dokumen rasmi syarikat.
  • Membantu urusan bank, pejabat kerajaan, pelanggan, vendor atau pihak berkaitan apabila diarahkan.
  • Membantu urusan logistik syarikat dari semasa ke semasa.

10. Kerahsiaan Maklumat

  • Menjaga kerahsiaan maklumat syarikat, dokumen pengurusan dan urusan CEO.
  • Tidak mendedahkan sebarang maklumat sulit kepada pihak yang tidak berkaitan.

Job Type: Full-time

Pay: From RM1,700.00 per month

Benefits:

  • Flexible schedule
  • Health insurance
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More