jobs in AME TRAINING ACADEMY

AME TRAINING ACADEMY Hiring! Full Time Admin Pusat Bertauliah in Selangor, Earn up to MYR 3,000 - Ricebowl

MYR2,000 - MYR3,000 Per Month
Share
Save

Working Location

  • Petaling Jaya Selangor Malaysia

Job Description

Responsibilities

DESKRIPSI KERJA RINGKAS: EKSEKUTIF PENTADBIRAN PUSAT BERTAULIAH (PB)

Butiran Jawatan

Jawatan | Eksekutif Pentadbiran Pusat Bertauliah

Jabatan | Pentadbiran dan Operasi

Melapor Kepada | Pengurus Operasi

RINGKASAN TANGGUNGJAWAB

Bertanggungjawab memastikan kelancaran operasi dan pematuhan pentadbiran Pusat Bertauliah (PB) mengikut garis panduan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), dengan tumpuan utama kepada sistem MySpike dan pengurusan pembiayaan PTPK.

TUGAS DAN SKOP UTAMA

* Pengurusan Sistem JPK & Data Pelatih:

* Mengurus dan mengemaskini data pelatih secara menyeluruh dalam sistem MySpike (pendaftaran, kemajuan, penamatan).

* Memastikan semua proses pentadbiran mematuhi aliran kerja (process flow) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

* Memiliki pengetahuan yang baik dalam penggunaan MySpike.

* Pentadbiran PTPK:

* Menguruskan semua permohonan dan proses kerja Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

* Menyediakan, menyemak, dan menyerahkan dokumen PTPK, termasuk proses tuntutan.

* Pengurusan Dokumen:

* Mengendalikan dokumentasi pelatih yang lengkap semasa pendaftaran dan bagi tujuan permohonan PTPK/lain-lain.

* Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan operasi harian yang lain.

KELAYAKAN DAN CIRI-CIRI

* Pengalaman: Diutamakan yang berpengalaman dalam operasi Pusat Bertauliah (PB).

* Kecekapan: Pengetahuan dan pengalaman yang baik dalam sistem MySpike dan proses PTPK.

* Sikap: Seorang yang bertanggungjawab, teliti, dan mampu menguruskan dokumen pelajar dengan baik.

* Lain-lain: Mampu melaksanakan tugas-tugas pentadbiran harian yang lain.

FAEDAH DAN PELUANG KERJAYA

* Peluang Kemajuan: Berpeluang untuk kenaikan pangkat sebagai Penyelaras Pusat.

* Kenaikan Pengurusan: Calon cemerlang dengan kemahiran kepimpinan dan berorientasikan hasil boleh dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Operasi (Operation Manager).

* Ganjaran: Berhak mendapat Bonus Tahunan dan terangkum dalam Dasar Gaji Progresif.

Job Type: Full-time

Pay: RM2,000.00 - RM3,000.00 per month

Benefits:

  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More