jobs in Hon Trading

Hon Trading Hiring! Full Time Content creator - Live host in Kelantan, Earn up to MYR 2,000 - Ricebowl

Content creator - Live host

MYR1,700 - MYR2,000 Per Month
Share
Save

Working Location

  • Kota Bharu Kelantan Malaysia

Job Description

Responsibilities

Kami Sedang Mencari: Pencipta Kandungan & Hos Live

(Content Creator & Live Host)

Adakah anda seorang yang kreatif, penuh semangat, dan suka beraksi di depan kamera? Kami sedang mencari Pencipta Kandungan & Hos Live yang berbakat untuk menghasilkan kandungan yang menarik dan menghidupkan jenama kami secara kreatif!

Jika anda suka mencipta video, tahu apa yang tengah trending di media sosial, dan mahir bercakap secara live — inilah peluang anda!

Tanggungjawab Utama:

  • Mengurus keseluruhan proses penghasilan video dan foto untuk kempen pemasaran — dari perancangan hingga suntingan akhir.
  • Terlibat aktif dalam merancang tema, penulisan skrip, penggambaran, dan kerja-kerja pasca produksi.
  • Boleh bekerja secara berdikari atau dalam pasukan untuk penggambaran produk, gaya hidup, acara dan sesi dalaman atau luaran.
  • Sentiasa mengikuti trend semasa, alat reka bentuk, dan teknik pemasaran media sosial terkini.
  • Hasilkan kandungan yang menyeronokkan, menarik & relevan untuk meningkatkan jenama syarikat.
  • Pantau dan laporkan prestasi kandungan di media sosial (engagement, reach, views dan sebagainya).
  • Sedia melaksanakan tugas-tugas tambahan (ad hoc) yang diberi oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

Kriteria Calon yang Kami Cari:

  • Berpengalaman sebagai Videografer / Pencipta Kandungan / Jurugambar / Host Live.
  • Minat yang mendalam terhadap penghasilan video, penulisan skrip dan bercerita melalui visual.
  • Faham cara platform media sosial berfungsi dan tahu jenis kandungan yang boleh “boom”!
  • Seorang yang berdikari, kreatif, cepat belajar dan tidak takut untuk mencuba idea baru.
  • Boleh bekerja dalam tekanan dan mempunyai sikap kerja yang positif.

Jika anda seorang yang berbakat, kreatif dan bersedia bawa impak besar kepada jenama kami — sertai kami sekarang!

*** Basic salary + komisyen yang menarik ***

Sila emailkan resume ke hontradingdeco[at]************* atau walk in ke premis kami untuk mengisi borang permohonan atau boleh call ************* / ************* /************* untuk maklumat lanjut.

* Yang betul-betul berminat sahaja boleh memohon

Permohonan tanpa RESUME tidak akan dilayan

Job Type: Full-time

Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More