jobs in Addar Global Sdn. Bhd.

Addar Global Sdn. Bhd. Hiring! Full Time WAREHOUSE - INVENTORY ASSISTANT in Federal Territory, Earn up to MYR 1,700 - Ricebowl

WAREHOUSE - INVENTORY ASSISTANT

MYR1,700 - MYR1,700 Per Month

KL City, Federal Territory

Share
Save

Working Location

  • Kuala Lumpur Federal Territory Malaysia

Job Description

Responsibilities

Job Summary

Addar Global Sdn Bhd sedang mencari Warehouse & Inventory Assistant yang rajin, teliti dan bertanggungjawab untuk membantu operasi harian gudang. Calon akan terlibat dalam kerja penerimaan stok, penyusunan barang, picking, packing, penghantaran parcel, rekod stok, pemfailan dokumen serta memastikan gudang sentiasa kemas, selamat dan mengikut SOP.

Role ini sesuai untuk calon yang suka kerja hands-on, boleh ikut arahan supervisor, dan mampu bekerja dalam environment gudang yang fast-paced.

Responsibilities

  • Menerima stok masuk, semak kuantiti, keadaan fizikal, kod produk, lot dan tarikh luput.
  • Menyusun stok mengikut SKU, kategori dan lokasi yang ditetapkan.
  • Mengamalkan kaedah FIFO/FEFO untuk produk yang mempunyai tarikh luput.
  • Melaksanakan picking dan packing order mengikut SOP syarikat.
  • Mencetak label/airway bill dengan tepat dan menyerahkan parcel kepada kurier mengikut jadual.
  • Merekod pergerakan stok masuk, keluar, return atau pindahan lokasi dalam sistem/Google Sheet.
  • Membantu kerja stock count, spot check dan semakan stok fizikal vs sistem.
  • Mengasingkan barang rosak atau expired dan melaporkan kepada supervisor dengan segera.
  • Menyusun dan memfailkan dokumen seperti GRN, DO, Return dan manifest secara fizikal atau digital.
  • Menjaga kebersihan, keselamatan dan susun atur gudang.
  • Membantu tugasan tambahan seperti restock untuk TikTok Live/Studio, kempen jualan besar dan penghantaran bahan mentah apabila diperlukan.

Requirements

  • Minimum SPM atau kelayakan setaraf.
  • Pengalaman kerja gudang adalah satu kelebihan, tetapi tidak wajib.
  • Boleh menggunakan komputer untuk kerja asas seperti kemasukan data stok, cetak label dan semak sistem.
  • Fizikal sihat dan boleh mengangkat barang sederhana berat.
  • Boleh bekerja secara pasukan dan mengikut arahan supervisor.
  • Rajin, jujur, teliti, amanah dan bertanggungjawab.
  • Boleh bekerja dalam suasana kerja yang pantas dan perlu ikut deadline harian.

Key Performance Expectations

Calon yang berjaya dijangka dapat:

  • Memastikan packing dan serahan kurier dibuat tepat pada masa.
  • Mengurangkan kesilapan label, airway bill atau item order.
  • Menyusun stok yang diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Menjaga ketepatan stok di area jagaan.
  • Memastikan dokumen gudang lengkap dan teratur.
  • Mengekalkan kebersihan dan susun atur gudang pada tahap baik.
  • Melaporkan barang rosak atau expired dengan cepat.

Working Hours

Isnin - Jumaat: 8:30am - 5:30pm

Sabtu: 9:00am - 1:00pm

Lunch Break: 1:00pm - 2:00pm

Benefits

  • EPF, SOCSO & EIS
  • Annual leave
  • Medical leave
  • Training provided
  • Career growth opportunity
  • Phone & Laptop diberikan

Pay: RM1,700.00 per month

Benefits:

  • Additional leave
  • Cell phone reimbursement
  • Free parking
  • Health insurance
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Application Question(s):

  • Adakah anda mempunyai pengalaman kerja gudang, packing atau inventory?
  • Bila anda boleh mula bekerja?
  • Pernahkah anda melakukan kerja picking, packing, cetak label/airway bill atau serahan parcel kepada courier?
  • Adakah anda boleh menggunakan komputer untuk kerja asas seperti key-in data, semak sistem, Google Sheet atau cetak label?
  • Jika anda jumpa barang rosak, expired atau kuantiti stok tidak sama dengan sistem, apa tindakan anda?
  • Pernahkah anda menggunakan sistem inventory, WMS, Google Sheet atau Excel?

Location:

  • Wangsa Maju (Required)

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More