- Alor Setar Kedah Malaysia
工作地点
职位描述
岗位职责
Tanggungjawab Utama:
1. Membantu Chef dalam penyediaan dan penyajian makanan mengikut resipi, SOP dan standard syarikat.
2. Menyediakan bahan mentah dan melakukan kerja-kerja mise en place seperti memotong sayur, menyediakan sos, perapan dan bahan masakan lain.
3. Memasak menu yang ditetapkan seperti hidangan Barat, nasi goreng, mi goreng, nasi ayam kung pao dan menu lain yang berkaitan.
4. Memastikan pesanan makanan disediakan dengan tepat, berkualiti dan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
5. Memproses dan mengendalikan bahan mentah mengikut amalan kebersihan dan keselamatan makanan yang betul.
6. Memastikan kebersihan dapur, peralatan, kawasan penyimpanan dan ruang kerja sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur.
7. Mematuhi semua prosedur keselamatan makanan, kebersihan dan kesihatan yang ditetapkan oleh syarikat serta pihak berkuasa.
8. Membantu dalam pengurusan stok bahan mentah termasuk penyimpanan, pelabelan dan pemantauan tarikh luput.
9. Memberi sokongan semasa acara, katering atau program khas yang dianjurkan oleh syarikat.
10. Bekerjasama dengan pasukan dapur dan operasi kafe bagi memastikan kelancaran operasi harian.
11. Membantu dalam pembangunan menu baharu serta memberikan cadangan idea untuk promosi dan produk baharu.
12. Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh Chef atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan :
1. Mempunyai pengalaman bekerja di dapur kafe, restoran atau industri makanan dan minuman adalah satu kelebihan.
2. Mempunyai kemahiran asas memasak hidangan Barat dan masakan tempatan seperti nasi goreng dan mi goreng.
3. Mempunyai pengetahuan mengenai kebersihan makanan (food hygiene) dan keselamatan makanan (food safety).
4. Berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu bekerja dalam pasukan.
5. Sanggup bekerja pada hujung minggu, atau semasa acara khas jika diperlukan.
6. Mampu bekerja dalam persekitaran yang pantas dan mengurus beberapa tugasan serentak.
Work Location: In person
重要安全守则
申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。