- Kuala Lumpur Federal Territory Malaysia
工作地点
职位描述
岗位职责
Kami sedang mencari individu yang rajin, bertanggungjawab dan teliti untuk menyertai team kami sebagai Warehouse & Packing Assistant.
Jika anda seorang yang suka bekerja secara tersusun, cekap menguruskan barang dan boleh bekerjasama dalam team, kami mengalu-alukan anda untuk memohon.
Pengalaman dalam warehouse atau packing adalah satu kelebihan, namun calon yang bersedia belajar dan mempunyai sikap kerja yang baik juga dialu-alukan.
-----
TUGASAN & TANGGUNGJAWAB:
* Membungkus barang berdasarkan order yang diberikan.
* Memastikan jenis produk, warna, saiz dan kuantiti adalah tepat sebelum packing.
* Mencetak dan menampal label penghantaran pada parcel.
* Menyusun parcel mengikut team, courier atau jadual penghantaran.
* Memastikan kawasan warehouse sentiasa kemas dan teratur.
* Membantu menyusun, melabel dan mengasingkan stok.
* Membuat semakan ringkas terhadap stok keluar dan barang yang telah dipacking.
* Memaklumkan kepada PIC sekiranya terdapat masalah seperti stok tidak mencukupi, barang rosak atau order tidak lengkap.
* Membantu menjawab pertanyaan asas pelanggan pada hari yang ditetapkan, sekitar 1 hari seminggu.
* Mengarahkan pertanyaan atau kes pelanggan yang lebih rumit kepada team Customer Service.
* Mengikuti SOP kerja dan arahan daripada pihak pengurusan.
-----
KELAYAKAN:
* Minimum SPM.
* Fresh graduate juga dialu-alukan untuk memohon.
* Boleh membaca dan memahami maklumat order dengan baik.
* Mempunyai kemahiran asas menggunakan WhatsApp dan Google Sheets.
* Seorang yang teliti, rajin dan bertanggungjawab.
* Boleh bekerja dalam pasukan dan menerima arahan dengan baik.
* Pengalaman dalam warehouse, packing atau customer service adalah satu kelebihan.
-----
GAJI & FAEDAH:
* Gaji Basic: RM1,700 sebulan.
* Elaun Pengangkutan: RM100 sebulan (tetap).
* Elaun Kehadiran Penuh: RM100 sebulan (jika tidak ambil cuti).
* Caruman KWSP, SOCSO & SIP.
* Faedah perubatan.
* Kenaikan gaji tahunan.
* Duit raya.
* Bonus prestasi (jika ada).
-----
DETAILS PEKERJAAN:
* Lokasi: KL Industrial Park, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur.
* Hari Bekerja: Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang).
* Sabtu: 9.00 am – 1.00 pm ATAU 1.00 pm – 5.00 pm (mengikut shift).
* Hari Cuti: Ahad (Full day).
Pay: RM1,800.00 - RM1,900.00 per month
Work Location: In person
重要安全守则
申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。