jobs in Hoe Group

全职 EDITOR 工作, 薪水 up to MYR 1,700, Hoe Group Kedah 公司招聘中 - Ricebowl

MYR1,700 - MYR1,700 每月
分享
保存

工作地点

  • Alor Setar Kedah Malaysia

职位描述

岗位职责

Tanggungjawab dan Skop Kerja

A. Penyuntingan Video

  • Menyunting video berdasarkan konsep, skrip dan objektif pemasaran yang ditetapkan.
  • Memotong, menyusun, menggabungkan dan memperkemaskan rakaman video sehingga menghasilkan kandungan yang berkualiti.
  • Memastikan aliran cerita (story flow), tempo dan kesinambungan video adalah menarik serta mudah difahami.
  • Menghasilkan video atau poster dalam pelbagai format seperti video pendek (Short Form), video panjang (Long Form), iklan, korporat dan lain-lain.

B. Audio, Visual dan Grafik

  • Menambah subtitle, caption, motion graphic, animasi, logo, watermark dan elemen visual lain yang diperlukan.
  • Menambah muzik latar, sound effect, voice over serta memastikan keseimbangan audio.
  • Melaksanakan color correction dan color grading bagi meningkatkan kualiti visual.
  • Menambah kesan visual seperti transition, zoom effect, B-roll dan elemen kreatif lain yang bersesuaian.
  • Menghasilkan thumbnail video sekiranya diperlukan.

C. Kualiti dan Penerbitan

  • Memastikan setiap video memenuhi piawaian kualiti syarikat sebelum dihantar untuk semakan atau diterbitkan.
  • Memastikan setiap video mematuhi spesifikasi teknikal platform media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram, YouTube dan platform lain.
  • Menjalankan semakan akhir (Quality Check) sebelum video dihantar kepada pihak pengurusan atau dimuat naik.

D. Pengurusan Fail

  • Menyusun semua fail video, audio, grafik dan projek mengikut sistem penyimpanan syarikat.
  • Membuat salinan sandaran (backup) fail secara berkala bagi mengelakkan kehilangan data.
  • Menjaga keselamatan semua aset digital syarikat.

E. Kerjasama

  • Bekerjasama dengan Content Creator, Graphic Designer, pasukan pemasaran dan rakan-rakan sekerja sepanjang proses penerbitan kandungan.
  • Menyumbang idea kreatif bagi memperkukuh kualiti visual dan keberkesanan kandungan video serta bekerjasama dalam pelaksanaan sesi penggambaran mengikut keperluan operasi.
  • Bersedia untuk menjalankan tugasan penggambaran di luar kawasan, termasuk melakukan perjalanan ke pelbagai lokasi mengikut keperluan syarikat bagi menghasilkan kandungan (content).
  • Berinteraksi dengan pelanggan bagi mendapatkan maklum balas (feedback) berkenaan servis dan produk syarikat.

F. Pindaan

  • Melaksanakan pindaan atau penambahbaikan terhadap video berdasarkan maklum balas pihak pengurusan.
  • Memastikan semua pindaan disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

G. Pematuhan

  • Menghantar hasil akhir dalam format dan spesifikasi yang diperlukan.
  • Memastikan penggunaan muzik, imej, video, grafik dan bahan lain mematuhi undang-undang hak cipta atau lesen yang berkaitan.
  • Menjaga kerahsiaan semua fail, projek, strategi pemasaran dan aset digital syarikat.
  • Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan dengan jawatan sebagaimana diarahkan oleh pihak pengurusan dari masa ke semasa.

Pay: From RM1,700.00 per month

Benefits:

  • Free parking
  • Maternity leave
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

重要安全守则

申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。

了解更多