Kini kami mencari Content Creator / Live Host yang berkeyakinan, kreatif dan berkarisma untuk memperkukuh kehadiran jenama Amru di media sosial.
Tanggungjawab Utama
- Merancang dan menghasilkan kandungan video & foto untuk media sosial (Instagram, TikTok, Facebook).
- Menjadi host untuk sesi live streaming (Facebook Live, TikTok Live, Shopee Live) – memperkenalkan produk, berinteraksi dengan penonton & menjana jualan.
- Menyediakan skrip, idea dan konsep kreatif bagi kandungan harian atau mingguan.
- Bekerjasama dengan pasukan marketing & grafik untuk menghasilkan content yang selari dengan identiti jenama.
- Memantau prestasi kandungan (engagement, view, conversion) dan mencadangkan penambahbaikan.
- Menyertai aktiviti promosi, penggambaran dan kempen khas syarikat.
Kelayakan Diperlukan
- Minimum SPM / Diploma dalam Komunikasi, Pemasaran, Multimedia atau bidang berkaitan.
- Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang content creation / hosting / live selling (digalakkan).
- Petah bercakap, berkeyakinan depan kamera dan mempunyai personaliti yang menarik & sopan.
- Kreatif, tahu trend semasa media sosial dan minat dengan fesyen Islamik.
- Bonus: Boleh mengedit video ringkas menggunakan CapCut / Canva / Adobe Premiere / VN.
Kelebihan di Amru International
- Gaji asas + insentif berdasarkan prestasi & jualan live.
- Suasana kerja positif dan kreatif.
- Peluang membina kerjaya
- Latihan & bimbingan disediakan.
Cara Mohon:
Hantar resume + portfolio (jika ada video TikTok/IG reels yang pernah anda buat, lagi bagus!) ke ************* atau hubungi ************* (HR) untuk sebarang pertanyaan
Job Type: Full-time
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Parental leave
- Professional development
Work Location: In person