- Putrajaya Federal Territory Malaysia
工作地点
职位描述
岗位职责
HISA EMPIRE SDN BHD
1. Merancang, menyelaras dan mengurus keseluruhan operasi program sebelum, semasa dan selepas acara, termasuk menyediakan pelan tindakan (action plan), jadual pelaksanaan (timeline), lawatan tapak (site visit), rehearsal, mesyuarat serta memastikan semua tugasan diselesaikan mengikut jadual, spesifikasi kontrak dan kehendak pelanggan.
2. Menyelaras semua keperluan logistik, pemasangan, penyediaan dan pembongkaran program termasuk khemah, pentas, sistem audio visual, pencahayaan, elektrik, generator, perabot, papan tanda, hiasan, pelan lantai (layout), senarai semak (checklist) serta lain-lain keperluan program.
3. Menjadi penyelaras utama di tapak antara pelanggan, kementerian, jabatan kerajaan, agensi, GLC, pihak penganjur, vendor, kontraktor, pembekal, urus setia, kru operasi, pihak berkuasa, pihak keselamatan, pengurusan premis dan mana-mana pihak berkaitan bagi memastikan kelancaran program.
4. Mengurus dan menyelia kakitangan operasi, kru tapak, pekerja sambilan (part-timer), sukarelawan, subkontraktor, vendor dan pembekal bagi memastikan semua kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi, kualiti, jadual dan tempoh yang ditetapkan.
5. Mengurus penghantaran, penerimaan, penyimpanan, penggunaan dan pemulangan aset, peralatan serta bahan program, membantu urusan pembelian, penyewaan dan tempahan peralatan, memastikan rekod aset syarikat sentiasa dikemas kini serta memastikan kawasan program sentiasa bersih, kemas, teratur dan semua aset syarikat dijaga dengan baik.
6. Melaksanakan pemeriksaan tapak (site inspection), memastikan pematuhan terhadap prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), peraturan lokasi serta keperluan pelanggan, di samping mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang isu operasi, teknikal, logistik atau kecemasan di tapak dengan segera.
7. Menyelaras keperluan protokol, pengurusan VIP/VVIP, pendaftaran peserta, pergerakan pengunjung serta mengendalikan komunikasi operasi menggunakan telefon, radio komunikasi (walkie-talkie) atau medium komunikasi rasmi syarikat sepanjang tempoh program berlangsung.
8. Menyediakan laporan harian, laporan kemajuan kerja, dokumentasi bergambar, laporan penutupan program serta membantu menyediakan dokumen tender, sebutharga, proposal, anggaran kos, Bill of Quantities (BQ), method statement dan dokumen berkaitan apabila diperlukan.
9. Menjaga kerahsiaan semua maklumat syarikat, pelanggan, dokumen tender, harga, pelan program, maklumat peserta serta apa-apa maklumat sulit syarikat dan dilarang mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan.
10. Bersedia bekerja di mana-mana lokasi projek di seluruh Malaysia serta bekerja pada waktu malam, awal pagi, hujung minggu, Hari Kelepasan Am (Public Holiday), bekerja lebih masa dan sentiasa boleh dihubungi sepanjang tempoh projek atau program mengikut keperluan operasi syarikat, tertakluk kepada Akta Kerja 1955, kontrak pekerjaan dan polisi syarikat, serta menjalankan apa-apa tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Benefits:
Application Question(s):
Location:
Willingness to travel:
Work Location: Hybrid remote in Putrajaya
重要安全守则
申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。