Merancang dan melaksanakan aktiviti pemasaran bagi meningkatkan kesedaran jenama serta kemasukan pesakit ke pusat dialisis.
Menjalinkan hubungan baik dengan hospital, klinik, doktor, NGO dan agensi berkaitan bagi tujuan rujukan pesakit.
Mengurus akaun media sosial syarikat seperti Facebook, TikTok, Instagram dan platform digital lain.
Menghasilkan kandungan pemasaran termasuk gambar, poster, video dan bahan promosi yang menarik.
Terlibat dalam rakaman, penyuntingan dan penerbitan video promosi, aktiviti pusat dialisis serta kempen kesedaran kesihatan.
Mendapatkan dan mengurus testimoni, maklum balas (feedback) serta ulasan (review) daripada pesakit dan waris bagi tujuan pemasaran dan penambahbaikan perkhidmatan.
Membuat posting media sosial secara berkala mengikut jadual yang ditetapkan.
Memantau prestasi pemasaran digital termasuk kadar capaian, interaksi dan pertanyaan pelanggan.
Mengendalikan pertanyaan pelanggan melalui telefon, WhatsApp dan media sosial.
Menyertai program komuniti, pameran kesihatan dan aktiviti promosi syarikat.
Menyediakan laporan aktiviti pemasaran dan pencapaian sasaran secara berkala.
Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kriteria Tambahan:
Kreatif dalam menghasilkan kandungan media sosial.
Mempunyai kemahiran asas fotografi, videografi dan suntingan video.
Berani berkomunikasi dan berinteraksi dengan pesakit, waris serta pihak luar.
Mempunyai personaliti yang mesra, proaktif dan berorientasikan sasaran.