JAWATAN KOSONG - SENIOR MANAGER OPERATIONS & TECHNICAL
Syarikat kami membuka peluang pekerjaan untuk individu yang berkelayakan bagi mengisi jawatan:
Jawatan: Senior Manager Operations & Technical (Bas Pelancong) KL Hop On Hop Off
Lokasi: Sentul, Kuala Lumpur
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa
Gaji: Bergantung kepada kelayakan & pengalaman
Tujuan Kerja
Memimpin dan mengurus keseluruhan jabatan operasi dan teknikal serta aspek teknikal syarikat bagi memastikan perkhidmatan yang efisien, selamat, berkualiti tinggi dan kos efektif. Jawatan ini juga bertanggungjawab dalam perancangan strategik, pengurusan operasi, penyelenggaraan kenderaan serta penambahbaikan berterusan operasi pengangkutan syarikat.
Peranan & Tanggungjawab:
Pengurusan Operasi Strategik
- Mengurus operasi harian perkhidmatan pengangkutan syarikat
- Merancang dan melaksanakan strategi, SOP dan polisi operasi
- Memantau prestasi operasi, penggunaan fleet dan kualiti perkhidmatan
- Menyelaraskan jadual perjalanan, pergerakan fleet dan tenaga kerja
- Menyediakan laporan pengurusan untuk tujuan analisis
- Mengurus isu pelanggan dan situasi operasi yang kritikal
Pengurusan Teknikal & Fleet
- Mengawasi sistem penyelenggaraan semua kenderaan
- Memastikan servis berkala dilaksanakan dengan baik
- Memantau kos pembaikan, penggunaan minyak dan prestasi kenderaan
- Meluluskan kerja penyelenggaraan dan bajet berkaitan
- Mengurus hubungan dengan bengkel, vendor dan pembekal
- Memastikan semua kenderaan berada dalam keadaan optimum dan boleh digunakan
Pematuhan & Keselamatan
- Memastikan pematuhan penuh kepada JPJ, APAD, PUSPAKOM dan peraturan berkaitan
- Melaksanakan inisiatif keselamatan fleet
- Menyiasat insiden, kemalangan atau kerosakan operasi
- Memastikan dokumentasi lengkap untuk audit
Kepimpinan & Pengurusan Pasukan
- Memimpin dan membimbing pasukan operasi & teknikal
- Menilai prestasi dan pembangunan staf
- Mewujudkan budaya kerja yang positif dan berdisiplin
- Bekerjasama dengan jabatan lain (HR, Finance, Sales)
Pengurusan Kos
- Mengurus bajet operasi dan penyelenggaraan
- Memantau kos operasi dan mencari peluang penjimatan
- Memastikan operasi kekal efisien dan berkualiti