Qudwah Group sedang mencari individu yang kreatif, proaktif dan bersemangat untuk menyertai pasukan kami sebagai Admin & Social Media Creator. Anda akan bertanggungjawab menguruskan tugasan pentadbiran harian syarikat serta membantu menghasilkan kandungan media sosial yang menarik bagi menyokong aktiviti pemasaran dan penjenamaan syarikat.
TANGGUNGJAWAB
Menyediakan dokumen, surat-menyurat, laporan dan rekod syarikat.
Mengurus panggilan telefon, WhatsApp, emel dan pertanyaan pelanggan.
Membantu menyelaras jadual mesyuarat, program dan aktiviti syarikat.
Merancang, menghasilkan dan menjadualkan kandungan media sosial untuk Facebook, Instagram, TikTok dan platform lain.
Mengambil gambar dan video aktiviti syarikat untuk tujuan pemasaran.
Menghasilkan poster, grafik dan kandungan kreatif menggunakan Canva atau perisian berkaitan.
Menulis caption, artikel pendek dan kandungan promosi yang menarik.
Memantau prestasi media sosial dan menyediakan laporan asas.
Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
KELAYAKAN
Warganegara Malaysia.
Mempunyai pengangkutan sendiri.
Minimum SPM / Diploma dalam bidang berkaitan.
Mahir menggunakan komputer dan aplikasi Microsoft Office.
Berpengalaman mengurus media sosial adalah satu kelebihan.
Mahir menggunakan Chatgpt, Canva, CapCut atau aplikasi suntingan asas.
Kreatif, berinisiatif dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
Boleh bekerja secara individu dan dalam pasukan.
Menepati masa dan mampu bekerja dalam suasana yang pantas.
KELEBIHAN
Gaji pokok yang kompetitif
Elaun & insentif prestasi
Peluang kenaikan pangkat
Latihan dan pembangunan kerjaya
Persekitaran kerja yang positif dan profesional
Terlibat dalam pelbagai projek digital marketing, media dan pembangunan komuniti
CARA MEMOHON
Hantar resume ke: *************
Atau WhatsApp resume ke: *************
Subjek Emel: Permohonan Jawatan Admin & Social Media Creator
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga.