JAWATAN KOSONG: JURUTEKNIK PENYAMAN UDARA (AIRCOND TECHNICIAN)
Lokasi: Johor Bharu
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa (Full-Time)
Tanggungjawab
- Melaksanakan pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem penyaman udara.
- Menjalankan pemeriksaan berkala serta kerja-kerja servis bagi memastikan sistem berfungsi dengan baik.
- Mengenal pasti kerosakan dan menjalankan kerja-kerja troubleshooting dengan tepat.
- Melakukan kerja chemical service, top-up gas dan penyelenggaraan berkaitan.
- Memastikan semua kerja dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan dan standard syarikat.
- Menyediakan laporan kerja dan mengemaskini rekod penyelenggaraan.
- Memberikan perkhidmatan yang profesional kepada pelanggan.
Kelayakan
- Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil atau Diploma dalam bidang Penyaman Udara, HVAC atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengalaman dalam pemasangan, servis dan pembaikan penyaman udara.
- Mempunyai pengetahuan asas elektrik dan mekanikal.
- Boleh bekerja secara berdikari dan dalam kumpulan.
- Bertanggungjawab, rajin dan menepati masa.
- Mempunyai lesen memandu yang sah adalah satu kelebihan.
Faedah
- Gaji yang kompetitif.
- Elaun perjalanan dan tuntutan berkaitan kerja.
- Bonus dan kenaikan gaji berdasarkan prestasi.
- Peluang latihan dan pembangunan kerjaya.
Cara Memohon
Calon yang berminat boleh menghantar resume bersama sijil-sijil terkini ke:
Email: *************
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Pay: RM1,900.00 - RM4,500.00 per month
Benefits:
- Cell phone reimbursement
- Dental insurance
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person