JAWATAN KOSONG – TEKNIKAL (OPERASI & TEKNIKAL)
- Syarikat kami membuka peluang pekerjaan untuk individu yang berkelayakan bagi mengisi jawatan:
- Jawatan: Teknikal (Bas Pelancong) KL Hop On Hop Off
- Lokasi: Sentul, Kuala Lumpur
- Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa
- Gaji Asas: RM1,700 – RM2,200 (bergantung kepada kelayakan & pengalaman)
- Gaji Bersih: Boleh mencecah RM4,500 sebulan
Tugas & Tanggungjawab:
- Melaksanakan pemeriksaan harian, mingguan dan berkala ke atas bas termasuk enjin, sistem brek, suspensi, sistem elektrik, serta peralatan keselamatan.
- Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan asas (contoh: tukar mentol, tambah minyak enjin, pemeriksaan tayar & bateri).
- Membantu dalam mengenal pasti kerosakan mekanikal, elektrik dan teknikal serta merujuk masalah besar kepada jabatan Operasi dan Teknikal.
- Memastikan semua penyelenggaraan dijalankan mengikut piawaian JPJ, PUSPAKOM, DOSH, dan standard syarikat.
- Menyediakan rekod servis, senarai semak pemeriksaan & laporan kerosakan dengan tepat.
- Membantu jabatan Operasi dan Teknikal dalam penyelarasan jadual servis kenderaan, pemeriksaan PUSPAKOM & pembaharuan cukai jalan.
- Memantau kebersihan bas, ciri keselamatan (alat pemadam api, peti kecemasan) dan pematuhan SOP keselamatan syarikat.
- Memberi bantuan teknikal semasa berlaku kerosakan atau kecemasan di jalan raya.
- Memastikan peralatan & kemudahan penyelenggaraan digunakan dengan baik serta mematuhi peraturan keselamatan.
- Melaksanakan apa-apa tugas teknikal lain yang diarahkan oleh Jabatan Operasi & Teknikal.
- Mahir menggunakan sistem/aplikasi berkaitan untuk menyokong tugasan harian.
- Bertanggungjawab memantau kualiti serta memastikan kerja yang ditugaskan disiapkan dengan baik.
- Melaporkan terus kepada penyelia terdekat mengenai perkembangan kerja, isu & status semasa.
Kelayakan Minimum:
- Sijil/Diploma dalam bidang Automotif/Kejuruteraan Mekanikal atau kelayakan setara (pengalaman boleh menggantikan kelayakan).
- Berpengalaman dalam penyelenggaraan, pemeriksaan atau operasi bengkel, diutamakan yang biasa mengendalikan kenderaan berat/bas.
- Pengetahuan asas sistem hidraulik, pneumatik, elektrik dan mekanikal.
- Mampu mendiagnos serta mengesan potensi kerosakan sebelum menjadi isu besar.
- Lesen memandu sah (kelas D/E/PSV/GDL adalah satu kelebihan).
- Teliti, mengutamakan keselamatan dan menepati piawaian kerja.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta mampu bekerja dalam pasukan.
Cara Memohon: Calon yang berminat boleh menghantar resume lengkap ke ************* atau telefon ke ************* dengan tajuk: Permohonan Jawatan Teknikal Bas
Job Types: Full-time, Permanent
Benefits:
- Meal allowance
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person
Pay: RM1,700.00 - RM2,200.00 per hour
Benefits:
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person