Restoran Crew bertanggungjawab menyokong kelancaran operasi harian di cawangan. Tugas merangkumi kerja di pelbagai stesen seperti penyediaan makanan, kaunter servis, juruwang, pembungkusan, pembersihan dan perkhidmatan pelanggan. Crew perlu mematuhi semua SOP syarikat, mengekalkan kualiti perkhidmatan yang tinggi, serta memastikan persekitaran kerja yang bersih, selamat dan efisien sambil membawa imej jenama Ayam Gepuk Top Global.
Tanggungjawab Utama :
- Melaksanakan tugasan di semua stesen yang ditetapkan secara bergilir (dapur, kaunter servis, juruwang, pembungkusan, pembersihan dan lain-lain).
- Membantu dalam penyediaan makanan dan memastikan kualiti makanan mengikut piawaian syarikat.
- Mengendalikan aliran servis dengan berkesan untuk memastikan operasi berjalan lancar pada waktu puncak dan bukan puncak.
- Membantu dalam menerima, menyimpan dan menyusun stok mengikut SOP.
- Memberikan layanan mesra, cepat dan profesional kepada semua pelanggan.
- Mengendalikan pertanyaan asas pelanggan dan memaklumkan kepada Supervisor jika memerlukan tindakan lanjut.
- Memastikan masa menunggu pelanggan diminimumkan dan pengalaman servis sentiasa positif.
- Menjaga kebersihan stesen kerja, kawasan makan, dapur dan peralatan pada setiap masa.
- Mematuhi sepenuhnya garis panduan keselamatan makanan, kebersihan dan sanitasi.
- Memastikan persekitaran kerja selamat serta melaporkan sebarang bahaya kepada Supervisor dengan segera.
- Mengikuti semua Standard Operating Procedures (SOP) syarikat di setiap stesen.
- Bekerjasama dengan ahli pasukan dan memastikan teamwork yang baik, terutamanya semasa waktu sibuk.
- Menyertai sesi latihan kerja serta program penambahbaikan berterusan.
- Membantu dalam kiraan stok, kawalan pembaziran dan penggunaan inventori seperti diarahkan.
- Melaporkan sebarang isu operasi, kerosakan peralatan atau maklum balas pelanggan kepada Supervisor.
- Melaksanakan apa-apa tugasan tambahan atau ad-hoc yang diarahkan oleh Pihak Pengurusan.
Jawatan ini akan ditempatkan di Ayam Gepuk Top Global,Kuala Dungun.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM1,800.00 per month
Benefits:
- Meal provided
- Opportunities for promotion
- Professional development
Application Question(s):
- Are you willing to undergo training outside Dungun ?
Willingness to travel:
Work Location: In person