Syarikat kami sedang mencari Operator Pengeluaran untuk kerja yang lebih kepada mengendalikan mesin dan packing produk plastik. Kerja adalah berulang, mudah dipelajari, dan latihan di tempat kerja akan disediakan untuk calon yang tiada pengalaman.
Tanggungjawab
- Mengendalikan dan memantau mesin produk plastik mengikut standard operating procedures (SOP).
- Memeriksa kualiti produk seperti rupa produk, sealing dan labelling, serta mengasingkan barang rosak.
- Memasukkan bahan mentah dan bahan pembungkusan ke dalam mesin apabila diperlukan.
- Menyusun, membungkus dan menyusun produk siap ke dalam kotak atau atas pallet.
- Merekod data pengeluaran asas seperti kuantiti, reject dan downtime.
- Menjalankan pembersihan ringkas pada mesin dan kawasan kerja pada akhir syif.
- Melakukan pelarasan asas mesin dan pembaikan kecil di bawah bimbingan penyelia untuk memastikan pengeluaran berjalan lancar.
- Mematuhi semua peraturan keselamatan termasuk memakai kasut keselamatan dan PPE yang ditetapkan.
- Melaporkan sebarang masalah mesin, bunyi luar biasa atau bahaya keselamatan kepada penyelia dengan segera.
Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Umur sekitar 18–45 tahun.
- Sihat tubuh badan dan mampu berdiri lama serta melakukan kerja berulang.
- Boleh bekerja 12 jam syif bergilir dan melakukan overtime apabila diperlukan.
- Tiada pengalaman diperlukan; latihan akan disediakan.
- Boleh ikut arahan kerja dan prosedur keselamatan.
- Mempunyai pengangkutan sendiri kerana hostel tidak disediakan.
Waktu Bekerja & Lokasi
- 12 jam setiap syif: 7.5 jam kerja + 3 jam OT + 1.5 jam rehat.
- Syif: 8.00 pagi – 8.00 malam / 8.00 malam – 8.00 pagi.
- 6 hari bekerja. Ahad cuti.
- Lokasi: PLO 268, Jalan Firma 3, Kawasan Perindustrian Tebrau 4, 81100 Johor Bahru.
Gaji & Faedah
- Gaji pokok: RM1,700 sebulan.
- Elaun kehadiran penuh: RM150 sebulan.
- Elaun syif malam: RM5 bagi setiap syif malam.
- Anggaran pendapatan bulanan: RM2,500 – RM2,800++ termasuk OT, bergantung kepada jumlah OT.
- Caruman KWSP, SOCSO dan EIS.
- Cuti tahunan dan cuti sakit mengikut undang-undang buruh Malaysia.
- Salary cut-off pada 26hb, bayaran gaji pada 30hb/31hb setiap bulan.
Walk-in Interview
- Walk-in interview diadakan di PLO 268, Jalan Firma 3, Kawasan Perindustrian Tebrau 4, 81100 Johor Bahru.
- Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pejabat di *************
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: From RM1,700.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
Work Location: In person