Lokasi: Kemaman, Terengganu
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa / Separuh Masa / Fresh Graduate Dialu-alukan
Ringkasan Jawatan:
Ikhwan Group sedang mencari individu bersemangat tinggi, positif dan berminat membantu masyarakat merancang kewangan serta perlindungan masa depan sebagai Ejen Takaful. Anda akan bertanggungjawab memberi khidmat nasihat kewangan, memasarkan pelan takaful dan membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.
Tanggungjawab Utama:
- Mencari dan menghubungi prospek baharu melalui networking, referral dan media sosial.
- Memberi penerangan tentang kepentingan perlindungan takaful kepada pelanggan.
- Menganalisis keperluan kewangan pelanggan dan mencadangkan pelan yang sesuai.
- Membantu pelanggan dalam proses permohonan, dokumentasi dan servis selepas jualan.
- Menjalin hubungan baik dengan pelanggan untuk jangka masa panjang.
- Menghadiri latihan, seminar dan coaching yang disediakan syarikat.
- Mencapai sasaran jualan bulanan dan tahunan.
Kelayakan:
- Minimum SPM / Diploma / Ijazah.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Berdisiplin, rajin dan bermotivasi tinggi.
- Pengalaman dalam sales/marketing adalah satu kelebihan.
- Tiada pengalaman juga digalakkan memohon kerana latihan disediakan.
Kelebihan Menyertai Kami:
- Pendapatan tanpa had (komisen + bonus + incentive).
- Waktu kerja fleksibel.
- Latihan profesional dan pembangunan diri berterusan.
- Peluang kenaikan pangkat sehingga menjadi leader / manager.
- Trip insentif dalam dan luar negara.
- Suasana kerja positif dan team support kuat.
Lokasi Temuduga / Pejabat:
Kemaman, Terengganu
Mohon sekarang dan bina kerjaya anda bersama Ikhwan Group!
Pay: RM2,000.00 - RM10,000.00 per month
Work Location: Hybrid remote in Kemaman