Kami sedang mencari individu yang bermotivasi tinggi untuk menyertai pasukan sebagai Perunding Hartanah. Jika anda seorang yang suka berjumpa orang, berminat dalam bidang hartanah, dan mahu bekerja dengan masa yang fleksibel — jawatan ini sesuai untuk anda.
Tanggungjawab:
- Menguruskan jual beli serta sewaan hartanah klien.
- Menyediakan konsultasi kepada klien berkaitan proses jual beli/sewaan.
- Menguruskan iklan hartanah di platform digital.
- Mengatur dan menghadiri sesi viewing bersama bakal pembeli/penyewa.
- Menyertai sesi latihan & meeting yang disediakan oleh syarikat.
Kelebihan & Sokongan:
- Waktu bekerja fleksibel – anda tentukan jadual sendiri.
- Wajib hadir ke office sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk meeting & latihan.
- Latihan lengkap disediakan untuk yang tiada pengalaman.
- Bimbingan daripada team leader dan support system yang kuat.
- Peluang pendapatan tanpa had.
Gaji:
- Tiada gaji bulanan.
- Komisen sahaja (commission-based). (RM 5,000-RM10,000)/per unit
- Potensi pendapatan tinggi bergantung usaha dan prestasi anda.
Kriteria Calon:
- Berumur 22 tahun ke atas.
- Mempunyai kenderaan sendiri (digalakkan).
- Komunikasi yang baik & berdisiplin.
- Boleh bekerja secara berdikari.
Job Types: Full-time, Part-time, Freelance
Pay: RM1,500.00 - RM10,000.00 per month
Work Location: In person