Ringkasan Tugas:
Kami sedang mencari Juruteknik Kimpalan (Welder) yang berpengalaman untuk menyertai pasukan kami di Bandar Sri Sendayan. Calon yang sesuai mestilah mempunyai kemahiran mengimpal yang kukuh, mampu membaca dan mentafsir lukisan teknikal, serta boleh melaksanakan tugas penyelenggaraan asas. Juruteknik Kimpalan bertanggungjawab untuk mengimpal sambungan logam, menilai kualiti bahan, mematuhi amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, serta melaksanakan tugas tambahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
Tanggungjawab Kerja:
- Membaca dan mentafsir lukisan teknikal dengan pengawasan minimum
- Melaksanakan kerja kimpalan pada sambungan logam menggunakan teknik MIG & TIG
- Menjalankan penyelenggaraan asas seperti mengisi senarai semak (checklist)
- Mengikut arahan dengan tepat dan teliti
- Menilai kualiti bahan seperti keluli tahan karat (stainless steel)
- Memastikan semua prosedur/polisi berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan dipatuhi.
- Mampu berdiri untuk tempoh yang lama, memanjat, menarik dan mengangkat objek berat apabila diperlukan
Keperluan Kerja:
- Kelulusan SPM / Sijil / Diploma dalam bidang berkaitan
- Pengalaman lebih daripada 2 tahun dalam bidang kimpalan
- Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman dalam pembuatan perabot
Job Type: Full-time
Pay: RM3,000.00 - RM5,000.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Health insurance
- Meal provided
- Opportunities for promotion
- Professional development
Application Question(s):
- Adakah anda mempunyai pengalaman bekerja di industri pengeluaran perabot?
- Adakah anda mempunyai kemahiran untuk menjadi juruteknik kimpalan(welder)?
Work Location: In person