- Kuala Terengganu, Terengganu Kuala Terengganu Terengganu Malaysia
工作地点
职位描述
岗位职责
Pengenalan:
Kedai Emas Zahir merupakan sebuah peruncit barangan kemas yang berpangkalan di Terengganu, Malaysia, dengan pengkhususan dalam emas dan logam berharga. Syarikat ini melayani pelbagai segmen pelanggan yang mencari barangan kemas emas berkualiti tinggi sama ada untuk kegunaan peribadi, tujuan pelaburan, mahupun majlis istimewa seperti perkahwinan dan sambutan kebudayaan. Kedai Emas Zahir dikenali dengan penawaran reka bentuk emas yang menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari selaras dengan citarasa tempatan, di samping mengekalkan harga yang kompetitif. Seiring dengan perkembangan pemasaran digital, kami kini sedang mencari calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Production / Content Creator bagi menyertai pasukan kami.
Calon yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan.
Huraian Kerja:
Merancang, menghasilkan dan menyunting kandungan video serta grafik bagi tujuan pemasaran dan promosi barangan kemas di platform media sosial syarikat.
Mengambil gambar dan video barangan kemas dengan jelas, kemas dan menarik bagi kegunaan katalog, media sosial dan bahan promosi.
Menimbang barangan kemas menggunakan peralatan yang disediakan serta memastikan berat direkod dengan tepat untuk tujuan kandungan dan rujukan dalaman.
Mengendalikan proses produksi daripada peringkat pra-produksi, penggambaran sehingga pasca-produksi.
Mengurus dan menjaga peralatan produksi seperti kamera, telefon, pencahayaan dan peralatan sokongan lain.
Bekerjasama dengan staf jualan dan pasukan pemasaran bagi memastikan maklumat produk yang dipaparkan adalah tepat dan terkini.
Memastikan semua kandungan mematuhi garis panduan jenama, etika kerja dan imej profesional syarikat.
Kelayakan:
Lulus Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setaraf dan ke atas dalam bidang yang berkaitan.
Pengalaman dalam penghasilan kandungan, fotografi atau videografi adalah satu kelebihan.
Calon tanpa pengalaman boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai minat, kemahiran asas dan portfolio berkaitan.
Faedah:
KWSP/PERKESO/EIS
Elaun Kehadiran
Komisen Jualan
Bonus
Pembangunan Profesional
Peluang Pertumbuhan Kerjaya
Latihan disediakan
Mohon Sekarang! Hantar resume anda ke emel kami *********************** atau hubungi kami di ************* (Pn. Nor)/ ************* (HR Assistant) untuk maklumat lanjut!
重要安全守则
申请工作时,切勿提供您的银行或信用卡详细资料。不要转账或完成无关的在线调查问卷。如果您发现可疑内容,请举报此招聘广告。