jobs in Tyson Foods (M) Sdn Bhd

Tyson Foods (M) Hiring! Full Time Technician - Mechanical in Selangor, Earn up to MYR 3,800 - Ricebowl

Technician - Mechanical

Tyson Foods (M) Sdn Bhd

MYR2,600 - MYR3,800 Per Month
Share
Save

Working Location

  • Subang Jaya Selangor Malaysia

Job Description

Responsibilities

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UTAMAUMUM

  • Mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan kerja untuk tugasan penyelenggaraan rutin.
  • Menjalankan pemeriksaan berkala ke atas sistem peralatan bagi mengenal pasti dan menangani potensi masalah.
  • Melaksanakan tugas penyelenggaraan pencegahan asas mengikut jadual bagi mengelakkan kerosakan dan memastikan prestasi optimum.
  • Mendiagnosis dan membaiki kerosakan peralatan dengan cepat dan cekap.
  • Menggunakan alat dan teknik diagnostik untuk mengenal pasti punca utama masalah peralatan.
  • Melaksanakan kerja pembaikan dan penggantian komponen peralatan yang rosak.
  • Mematuhi protokol dan peraturan keselamatan semasa menjalankan tugas penyelenggaraan.
  • Menyertai program latihan keselamatan dan menggalakkan budaya keselamatan dalam kalangan ahli pasukan.
  • Membantu Juruteknik 2 & 3 dalam kerja penyelesaian masalah (troubleshooting) dan pembaikan kecil.
  • Menyertai program latihan untuk meningkatkan pengetahuan teknikal.
  • Menyimpan rekod yang tepat mengenai aktiviti dan pemerhatian harian.
  • Mematuhi piawaian keselamatan makanan dan kebersihan dalam semua aktiviti penyelenggaraan.
  • Melaporkan dan mendokumentasikan insiden masa henti (downtime) peralatan dengan segera.

JURUTEKNIK MEKANIKAL

  • Penyelenggaraan asas: Melaksanakan pemeriksaan rutin, pelinciran dan servis asas bagi komponen mekanikal seperti galas (bearing), gear dan aci (shaft) mengikut jadual penyelenggaraan.
  • Penggantian alat ganti: Membantu menggantikan komponen mekanikal di bawah bimbingan juruteknik kanan, termasuk bolt, nat, washer dan seal.
  • Pembersihan dan pelinciran: Membersihkan komponen mekanikal dan menggunakan pelincir yang diperlukan bagi memastikan fungsi yang baik dan jangka hayat yang lebih panjang.
  • Pematuhan keselamatan: Mematuhi prosedur dan garis panduan keselamatan semasa mengendalikan komponen mekanikal bagi mengelakkan kemalangan atau kecederaan.
  • Penyimpanan rekod: Menyimpan rekod aktiviti penyelenggaraan termasuk penggantian alat ganti, pemeriksaan dan jadual pelinciran.
  • Komunikasi: Berkomunikasi secara berkesan dengan penyelia dan rakan sekerja untuk melaporkan penemuan penyelenggaraan dan mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

Kawasan Tanggungjawab (Mengikut Seksyen)

  • Penyediaan (Preparation) hingga Pengadunan (Blending)
  • Pembentukan (Forming) hingga BBS
  • Memasak (Cooking) hingga Freezer
  • Selepas Freezer hingga Palletizing

KELAYAKAN / PENGALAMAN

  • Minimum Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 / Diploma / Sijil Profesional dalam Kejuruteraan Elektrik atau Mekanikal atau kelayakan yang setaraf.
  • Mempunyai pemahaman teknikal asas mengenai peralatan asas dalam industri pembuatan.

KOMPETENSI TINGKAH LAKU

  • Bermotivasi tinggi dan mampu melibatkan pasukan ke arah pertumbuhan organisasi serta perubahan.
  • Mempunyai etika kerja yang tinggi dengan sikap positif dan proaktif.
  • Berminat untuk belajar serta berkongsi ilmu pengetahuan.
  • Mampu bekerja dalam persekitaran yang berorientasikan kerja berpasukan.

KOMPETENSI TEKNIKAL

  • Mempunyai kemahiran teknikal, analitikal dan penyelesaian masalah pada tahap asas.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
  • Mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office (Outlook, Word, PowerPoint dan Excel) serta SAP.

KEPERLUAN LAIN

  • Bersedia untuk bekerja dengan waktu kerja yang fleksibel mengikut keperluan operasi.

Pay: RM2,600.00 - RM3,800.00 per month

Benefits:

  • Health insurance
  • Maternity leave

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More