Company SSM No CT0110447-X · <30 Employees · Telecommunication
0 Job Vacancies
Rakuya Gadget merupakan sebuah perniagaan Kedai Telefon Bimbit yang menawarkan jual beli telefon bimbit dan turut menyediakan perkhidmatan membaiki telefon bimbit. Januari 2017 telah menjadi detik permulaan bagi syarikat kami apabila perniagaan ini mula beroperasi di atas nama “Repair Handphone Bazar Karat JB” yang bertapak di Bazar Karat JB. Bermula dari hanya seorang staf, kini, terdapat tiga cawangan Rakuya Gadget yang telah beroperasi di sekitar Johor.
Rakuya Gadget mempunyai tiga buah cawangan yang beroperasi di sekitar Johor iaitu Rakuya Bazar Karat JB, Rakuya Bubur Sentosa JB, dan Rakuya Gadget Kota Masai HQ. Peka akan permintaan tinggi berkaitan dengan permasalahan telefon bimbit, kami komited untuk menambah lebih banyak lagi cawangan Rakuya Gadget dengan melatih sendiri staf kami sehingga mereka berpeluang untuk memiliki perusahaan sendiri dengan bernaung di bawah nama Rakuya Gadget.
Rakuya Gadget
Small-Medium Enterprize
<30
Telecommunication
CT0110447-X
0