Company SSM No 1331827-V · <50 Employees · Construction / Building
AZ MEGA PLUS GROUP SDN BHD (AZMPGSB) merupakan syarikat bumiputra yang pakar dalam binaan IBS & juga Trusted Technology System jenis bahan Lightweights Panel Wall. AZMPGSB merupakan pembekal utama bahan IBS di Pantai Timur kepada kontraktor ataupun pemilik rumah. Selain dari itu AZMPGSB juga adalah kontraktor bumiputra yang membina rumah di atas tanah sendiri dengan menggunakan kaedah IBS. Produk IBS MeGGa (GoGreen) ini dengan mudah dapat dibina dengan pelbagai cara, sama ada rumah mampu milik, kediaman mewah, bangunan tinggi, dan juga sektor awam seperti sekolah & hospital. Setiap komponennya dihasilkan dalam persekitaran kilang yang terkawal dan diuji sepenuhnya untuk jaminan kualiti, kaedah binaan yang lebih selamat, dan juga bagi pengekalan penjimatan.