Back
Agensi Pekerjaan Global Teamgroup Sdn. Bhd. banner company

Agensi Pekerjaan Global Teamgroup Sdn. Bhd.

Company SSM No 765703-K · <50 Employees · HR Mgmt / Consulting

About Agensi Pekerjaan Global Teamgroup Sdn. Bhd.

Agensi Pekerjaan Global Teamgroup Sdn. Bhd.

Kami merupakan syarikat bumiputera yang menyediakan program peluang pekerjaan tetap dalam tempoh percubaan 6 bulan sebagai operator pengeluaran di kilang-kilang kawasan Bayan Lepas (Penang) bagi Warga Tempatan untuk menganti warga asing. Khas untuk warga tempatan yang menganggur dan mempunyai masalah untuk dapatkan kerja segera (tiada/hilang sijil). Pelatih kami akan dihantar salah satu kilang Elektronik atau Mekanikal di sekitar Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang (FTZ 1,2,3,4) mengikut kesesuaian permintaan kilang dan pelatih yang ada kemasukan segera. Pelatih kami akan berada dalam tempoh percubaan (probation) selama 6 bulan sebelum permenant dan kilang mempunyai hak untuk serap awal jika prestasi kerja dan kehadiran tidak mempunyai masalah. Pelatih tidak wajib mempunyai pengalaman atau sijil berkaitan untuk memasuki program kami kerana latihan akan diberikan dan dalam tempoh percubaan ini pelatih tidak ada basic gaji lagi hanya kami hanya akan memberi Elaun Latihan, Elaun Transport, Bonus Kehadiran Penuh, EPF, SOCSO, SIP & kemudahan hostel (*kemudahan transport van hanya bagi pelatih wanita dari hostel GTG). Hanya setelah mendapat surat tawaran dari kilang (tamat tempoh percubaan), pelatih akan diserap sebagai pekerja tetap bawah kilang dan tidak lagi bawah program kami. Setelah diserap permenant pelatih layak mendapat segala benefit kilang seperti gaji basic, annual leave, klinik panel, insurance, bonus tahunan, etc. Jawatan kerja, waktu bekerja dan department pelatih akan ditentukan dalam offer letter mengikut prestasi dan kekosongan yang sesuai.

TAWARAN DIBERIKAN

✔Elaun Latihan

✔Elaun Transport

✔Bonus Kehadiran Penuh

✔EPF, SOCSO, SIP

✔Bonus Permenant

✔Kemudahan Asrama (Katil/Tilam/Dapur)

✔Kemudahan Pengangkutan*Bagi perempuan yang tinggal diasrama

✔Peluang pekerjaan tetap

✔Latihan akan diberikan bagi yang tidak mempunyai pengalaman

*Jika berminat, sebelum datang sila hubungi pegawai kami dahulu

HR - 018-***7767 (SMS/Call/Whatsapp)

Pejabat - 04-***7030 (pada waktu pejabat sahaja)

https://maps.google.com/maps?q=5.***8561%2C100.**2406&z=17&hl=en

A) BAGI PELATIH YANG MEMERLUKAN ASRAMA (Wajib bagi yang tiada tmpt tinggal didalam pulau)

- Flat, Warga Tempatan, 3 Bilik (katil double decker), 10 orang, dapur, katil, tilam, periuk nasik, seterika disediakan, boleh bawak barang sendiri. Sebulan RM80 termasuk dah sekali api air, deposit xperlu. Kalau contoh dpt umh lain nk pindah sja bgi notis 2 minggu awal bertulis. Kalau dah permenant dgn kilang dan msih tak dapat cari umh sewa masih boleh tinggal lgi tpi sewa bulan2 rm100.

Benda yang perlu dibawa:

1. 2 keping gambar (size passport)

2. 2 salinan IC (Depan & Belakang)

3. Yuran Asrama (RM80)-boleh bawak siap2 cadar katil, baju2, barang2 adik.

B) BAGI PELATIH YANG TIDAK PERLU ASRAMA

Benda yang perlu dibawa:

1. 2 keping gambar (size passport)

2. 2 salinan IC (Depan & Belakang)

3. Yuran Komitmen (Cagaran/Deposit) - RM50 akan diambil dan diberikan resit dan selepas sebulan kerja akan dipulangkan kembali. Wajib diberi sebelum kami boleh process bt profile adik dan pastikan adik dapat kerja dengan kilang.

Agensi Pekerjaan Global Teamgroup Sdn. Bhd. Business Information

Company Name

Agensi Pekerjaan Global Teamgroup Sdn. Bhd.

Company Type

Recruitment Agency

Company Size

<50

Industry

HR Mgmt / Consulting

Company SSM No

765703-K

Job Vacancies

0

Agensi Pekerjaan Global Teamgroup Sdn. Bhd. Company Address

1st Floor, 42, Jln Sungai Tiram 9, Taman Tunas Damai, Bayan Lepas, Pulau Pinang, 11900, Malaysia